majlis perpisahan cik siti tolhah bt ahmad

11 Ogos 2016

Album

program tadarus al quran sempena bulan ramadhan 1437h

Tadarus Alquran berkumpulan bermula dari 12 Jun-29 jun 2016 

Dianjurkan oleh Panitia Agama Islam Sekolah Telok Sengat

jamuan sambutan hari jadi kali kedua 2016

hubungan luar-sarapan bersama nestle

Tarikh: 28 April 2016

Tempat: Tapak Perhimpunan Kompleks Sekolah Telok Sengat

Album

jemputan  ke kejohanan balapan dan padang sk Datuk Ismail Saadon

Tempat: Sk Datuk Ismail Saadon Felda Air Tawar 2 Kota Tinggi 

Keputusan: Perempuan tempat kedua, lelaki ketiga keseluruhan

"Sekolah Kompleks Telok Sengat Pantang dicabar"

LATIHAN TARIAN SEMPENA keberangkatan dymm raja zarith sofiah permaisuri johor

Latihan tarian zapin sempena keberangkatan DYMM RAJA ZARITH SOFIAH PERMAISURI JOHOR ke Telok Sengat pada 28.2.2015

Kehadiran Yb DUN N37 Johor Lama Pn Hjh Asiah bt Mat Ariff, Guru Besar SK Telok Sengat, En Mohamad Sarif b Albi,Ketua Kampong Telok Sengat,Tuan Hj Mohd Amin B. Jantan, Penghulu Telok Sengat, En Mohd Redza Abd Rahman, Ketua Umno Telok Sengat, En Mohd Fauzan b Sahri bersama jurulatih tari En Azman dan Cik Siti Tolhah

album latihan

rewang sempena sambutan maulidur Rasul 1437h

03.2.2016 Rewang sempena sambutan maulidur Rasul telah diadakan bersama Sekolah Agama Telok Sengat dari jam 4.30 petang sehingga jam 6.00 pagi.Terimak kasih kepada semua guru dan kakitangan yang memberikan komitmen yang tinggi untuk program kali ini.

Album rewang

kejohanan merentas desa MSSD kota tinggi 2016

21.1.2016 Alhamdulilah Kejohanan Merentas Desa MSSD Kota Tinggi 2016 telah dijayakan dengan lancar.Tahniah diucapkan kepada pemenang keseluruhan,SK Seri Saujana dan tempat kedua Sk Laksamana.

keputusan keseluruhan

 google plus sekolah 

Album merentas desa

majlis perpisahan guru besar

06.1.2016 Pihak kelab guru dan kakitangan Sk Telok Sengat telah menjalankan program majlis perpisahan bagi guru besar Pn Khalijah bt Attan yang akan berpindah ke Sekolah Tun Dr Syed Nasir, Pasak dan juga Ahli Kumpulan Pelaksana, En Abdul Rahman yang akan berpencen pada akhir bulan januari ini.Semoga Puan Guru Besar akan lebih berjaya di sekolah yang baru dan semua guru dan kakitangan Sekolah Telok Sengat mengucapkan ribuan terima kasih diatas segala usaha yang telah dicurahkan di sekolah ini.  

google plus sekolah 

album majlis 

kejohanan sukan tahunan 2015

4.11.2015 Alhamdulilah kejohanan sukan tahunan Kompleks Sekolah Telok Sengat telah berjaya dijalankan oleh kesemua guru kompleks Telok Sengat dengan meriah sekali. Rumah sukan Hijau berjaya menjuarai edisi kali ini diikuti rapat oleh rumah merah dan kuning

 

Gambar di website google plus sekolah 

pra kejohanan sukan tahunan 2015

28.10.2015-3.11.2015 Pra kejohanan sukan tahunan telah diadakan dari tarikh 28.10.2015 sebelum kejohanan sukan utama pada tarikh 4.11.2015.Semoga cuaca cerah sentiasa semasa kejohanan utama kelak.

hari sukan negara peringkat sekolah

pelancaran hari kemerdekaan

13.9.2015 Pelancaran hari kemerdekaan telah dirasmikan oleh Guru Besar Sk Telok Sengat dan menyampaikan hadiah kuiz kemerdekaan kepada murid-murid.Perarakan hari kemerdekaan juga diadakan sehingga Dataran Kerang Telok Sengat.Gambar selanjutnya di Galeri 2015

aktiviti tkrs

sambutan hari guru 2015

hadiah perkahwinan pn Fatim nur Ain bt Sanusi

22.6.2015 Pihak Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan yang dipengerusikan oleh En Khairul Nizam telah menyumbangkan hadiah perkahwinan kepada Pn Fatim Nur Ain yang melangsungkan perkahwinan pada bulan mei yang lalu di besut Terengganu. Hadiah telah disampaikan oleh Guru penolong kanan pentadbiran 1, En Rosman b Hassan.

sambutan hari jadi jan-may

pertandingan catur kejora (Cara)2015

23.5.2015 Pihak pengurusan sekolah Telok Sengat buat pertama kalinya telah menghantar 8 orang murid terdiri dari murid tahun 4 dan tahun 5 untuk mewakili sekolah dalam pertandingan catur Kejora peringkat daerah Kota Tinggi di Sekolah Kebangsaan Sri Perani Kota Tinggi Johor. En Rizal b abd Rashid dan En Saiful lizan b mahzan telah bertugas sebagai guru pengiring dan juga pengurus.Pertandingan ini dirasmikan oleh Yb Rasman bin Ithnin, ADUN Sedili. Pertandingan ini berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.

pertandingan bola tampar peringkat daerah kota tinggi

22.4.2015 Kejohanan Bola Tampar peringkat daerah Kota Tinggi telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Gembut Kota Tinggi. Buat pertama kalinya Sekolah Kebangsaan Telok Sengat telah menghantar 2 pasukan terdiri daripada pasukan lelaki dan pasukan perempuan bawah 12 tahun. 16 orang murid ini diringi oleh guru pengiring En M Fadzillah b Buang, En Faizal b Ramli dan Cik Nur Fatim. Alhamdullilah pasukan bola tampar perempuan bawah 12 tahun telah mendapat tempat Naib Johan bawah 12 tahun. Hadiah telah disampaikan semasa perhimpunan pagi yang disampaikan oleh Guru Besar SKTS Puan Hjh Khalijah bt Attan yang diiringi oleh Penolong Kanan Ko kurikulum En M.Fadzilah b Buang.Semoga pasukan bola tampar Sk Telok sengat akan lebih maju jaya di masa hadapan dan menjadi sukan bitara sekolah ini. 

kejohanan olahraga pendidikan khas peringkat daerah kota tinggi

perhimpunan unit beruniform

15.02.2015 Perhimpunan UB Bulan Februari dilaksanakan dengan adat istiadat perbarisan perhimpunan UB mengikut garis panduan dari JPN. Perhimpunan ini adalah wajib kepada pihak sekolah melaksanakan mengikut tarikh-tarikh yang telah ditetapkan pada setiap bulan.

majlis iftar jamaie 2016

Program Iftar Jamaie 2016

29 Jun 2016

1) Khatam Al Quran

2) Penyampaian Sumbangan kepada murid

3) Majlis berbuka Puasa

4) Solat Maghrib dan Solat hajat

Album

sambutan hari guru 2016

jamuan perpisahan gpk koko en m fadzilah b buang

Program majlis perpisahan GPK KO Kurikulum En M Fadzilah B Buang

Tarikh: 5 Mei 2016

Album

jamuan potluck sambutan hari jadi jan-mac

Aktiviti: Potluck jamuan hari jadi

Anjuran:Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah Telok Sengat

Tempat: Bilik Guru SK Telok Sengat

Masa: 10.00-10.30 Pagi

kehadiran: Guru dan kakitangan                Album

MESYUARAT KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD 2016

10.1.2016 Mesyuarat kejohanan merentas desa MSSD Kota Tinggi 2016 telah diadakan untuk melicinkan kejohanan merentas desa 2016 kali ini.

kejohanan balapan dan padang sukan sekolah pesisir sungai Johor 2015

8.11.2015 Kejohanan balapan dan padang sekolah pesisir sungai johor ini telah dirasmikan oleh Tuan PPD Kota Tinggi, En Md Din b Hussien. Alhamdulilah kejohanan sukan ini telah menarik minat 6 buah sekolah bertanding iaitu Sk Telok Sengat, SJKC Nan Ya, SJKT Ladang Telok Sengat, SK Johor Kampong, SK Layau, SK Tanjung Buai dan SK Panchor.

perkhemahan tahunan 2015

pertandingan smart kick and fun ball pra sekolah

09.8.2015 Pihak pengurusan sekolah Telok Sengat telah menghantar 16 orang murid terdiri dari murid prasekolah untuk mewakili sekolah dalam pertandingan Smart Kick and fun ball peringkat Zon Air Tawar Kota Tinggi di Sekolah Kebangsaan Semenchu Kota Tinggi Johor yang diadakan pada 5.8.2015. Pn Noriza dan Pn Sariah bt jamian telah bertugas sebagai guru pengiring dan juga pengurus. Pertandingan ini berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.Alhamdulilah sekolah Telok Sengat telah memenangi tempat ketiga dalam permainan  Smart Kick.gambar lain di galeri 2015


sambutan hari raya aidilfitri peringkat sekolah

13.8.2015 Pihak pengurusan sekolah Telok Sengat telah melakukan program sambutan hari raya 1436H peringkat sekolah untuk memeriahkan lagi hari raya aidilfitri pada tahun ini. Program ini juga disambut bersama warga Kompleks Sekolah Telok Sengat yang lain iaitu warga Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Nan ya dan SJKT Ladang Telok Sengat. Gambar lain di Galeri 2015

majlis perpisahan ustaz faiz b A.hamid

09.7.2015 Pihak Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan yang dipengerusikan oleh En Khairul Nizam telah mengadakan satu  majlis ringkas perpisahan untuk Ustaz Muhammad Faiz b A. Hamid yang akan bertukar ke Sekolah Kebangsaan Rengit, Kota Tinggi Johor. Pihak Kelab kebajikan Guru dan Kakitangan telah menyumbangkan hadiah perpisahan yang telah disampaikan oleh Guru Besar Sk Telok Sengat, Pn Hjh Khalijah Bt Attan. Ucapan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Muhammad Faiz yang telah banyak membantu pihak sekolah dalam mencapai kemajuan sama ada dalam bidang akedemik serta Ko Kurikulum

PERTANDINGAN BOWLING PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT DAERAH KOTA TINGGI

20.4.2015 Pihak pengurusan sekolah Telok Sengat buat pertama kalinya telah menghantar 2 orang murid pendidikan khas untuk mewakili sekolah dalam pertandingan bowling peringkat daerah Kota Tinggi di Today Mall Ulu Tiram Johor. Puan Nik Azeyati dan Pn nor Fatim telah bertugas sebagai guru pengiring dan juga pengurus. Pertandingan ini berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.

kejohanan petanque pendidikan khas peringakat daerah kota tinggi

15.4.2015 Kejohanan Petanque peringkat daerah Kota Tinggi telah diadakan di Padang Awam Felda Semenchu Kota Tinggi. 3orang murid pendidikan Khas telah dihantar untuk mewakili Sekolah Kebangsaan Telok sengat yang diringi oleh guru pengiring iaitu Cik Nur Fatim dan Pn Nik Azeyati. Alhamdullilah adik Humairah bt Hamidi telah memenangi tempat ketiga katogeri Sindrom Down dan adik Iskandar telah memenangi tempat keempat katogeri masalah pembelajaran. Hadiah telah disampaikan semasa perhimpunan pagi yang disampaikan oleh Guru Besar SKTS Puan Hjh Khalijah bt Attan yang diiringi oleh Penolong Kanan Ko kurikulum En M.Fadzilah b Buang.